Saturday, March 23, 2019

Kalau dulu Cik Zara berblog dengan menggunakan nama PUTERI DAMIA (Nama anak Cik Zara yang sulung) ketika itu memang banyak kisah yang Cik Zara kongsikan di blog PUTERI DAMIA. Bertahun blog tersebut penuh aktif dengan kisah macam macam. 

Kemudian menyepi seketika kerana kekangan masa, dan lama kelamaan terus lupa id dan password blog tersebut. Saat rindu untuk berblog semula mula Cik Zara mencari semula blog Puteri Damia tapi bila lupa password dan emailnya terus Cik Zara biarkan saja blog itu dan buka blog baru dengan register nickname yang sama, cuma email yang lain. Dulu email yahoo kini Cik Zara gunakan gmail. Nickname sama meyyazara juga.

Meyyazara memang sudah lama Cik Zara gunakan nama itu berbelas tahun sudah digunakan. Kini meyyazara sudah ada website namun Cik Zara belum berkesempatan untuk menyusun atur website tersebut. meyyazara.com

Cik Zara yakin mana yang baca dan mengikuti blog Cik Zara pasti konfius sebab nama pangilan dan ganti nama diri Cik Zara yang mana satu? Ada ketika Azie, ada ketika leeya, ada ketika Fazz, ada ketika Cik Zara pula..

Mari Cik Zara terangkan tentang setiap ganti nama diri Cik Zara ya..


ILA - Adalah panggilan ahli keluarga dan sedara mara yang terdekat saja. Ada juga sahabat baik panggil ILA.

YUS-Merupakan panggilan ketika zaman Cik Zara sekolah dahulu, ramai rakan-rakan sekolah panggil nama YUS.

AZIE- Panggilan ketika Cik Zara belajar dahulu, dan ketika mula berjinak dengan dunia production(RTM). Kebanyakn rakan-rakan di LUMUT dan Kuala Lumpur mengenali Cik Zara dengan panggilan Azie.

LEEYA - nama ini tercipta ketika Cik Zara bekerja di Ipoh dan mula aktif kembali dengan netball. Hanya rakan kerja dan team pemain netball saja yang panggil nama LEEYA.

FAZZ - ini yang terkini, nama ini di kenali dan tercipta sejak Cik Zara mula menceburi bidang perniagaan produk bisnes keluarga Cik Zara. Jadi setiap nama panggilan itu membezakan setiap sahabat dan kisahnya yang tersendiri. 

*Cik Zara pula adalah nama di alam maya sahaja..

Andai Waktu Itu

Andai waktu itu masih ada

Aku tidak mahu dan tidak ingin mengenalimu..

Andai waktu itu masih ada

Aku tidak akan menegurmu..

Andai waktu itu masih ada

Aku ingin saja menjadi kawan biasa ..

Andai waktu itu masih ada

Aku tidak akan pernah memberi..

Andai waktu itu masih ada

Aku hanya ingin menjadi yang terakhir mengenalimu..

Andai waktu itu masih ada,
aku tidak akan menjadi seperti diri aku sekarang
seorang yang kuat dan tabah..
seorang yang bisa saja senyum dan tawa.
seorang yang mampu menerima apa saja yang berlaku..

Inilah aku , diri aku yang makin dewasa dan matang...

Friday, March 22, 2019

Assalmmualaikum dan selamat  petang semua..

Agak lama kan Cik Meyyazara tak bersiaran di blog ni, bukan apa sejak mula menceburi perniagaan ni masa agak terhad.

Sekarang baru berkesempatan untuk mula menulis semula di blog, google dan website. Insyaallah lepas ni Cik Zara akan kembali menulis tentang apa saja yang ingin Cik Zara kongsikan.


Sunday, January 6, 2019

2019

Post pertama tahun 2019..

6 Jan 2019 3.36pg

Sukar untuk I lelapkan mata. Bila fikiran melayang teringat seseorang hati mula merindu. Jiwa mula meruntun, jantung mula berdetak laju. Fikiran asyik mengenang dan memikirkan yang di rindu.

Namun bila terus di layan semua nya pasti tidak akan ke mana. Lantas perasaan itu bakal berlalu begitu saja di biarkan sepi. Terbiar menyepi terus. Jika ada ruang dan masa, jika ianya di sambut pasti rasa itu semua hilang dan senyum menyapa tawa bertamu dan kasih bersemat di hati..

Biar kan rindu itu pergi dan berlalu.
Biarkan rasa itu hilang di buai syahdu..
Biarkan masa menentukannya.

Aku purnama merindu..

Friday, October 19, 2018

tentang U.

Jika U masih ingat setiap apa yang I pernah katakan pada U sebelum ini, setiap bait dan kata perbualan kita pasti U takkan pernah lupakan I. Setiap apa yang I katakan semuanya ikhlas.

Pernah sekali U  cakap dekat I, I tak kenal U lagi sebelum ni sebab dulu U tak macam sekarang... Dan I potong apa yang U cakap, I taknak dengar tentang masa silam U..

 I cakap dekat U, I tak kisah siapa pun U dan masa silam U, sebab I kenal U sekarang bukan dulu, jadi I kena terima U seadanya diri U yang sekarang dan akan datang, I suka U, keperibadian U .dan diri U. Bukan masa silam U.

Untuk U yang pernah I kenal, I takkan pernah lupakan U.

Tuesday, October 9, 2018

Tipu la U jika tidak pernah.....

Tipu la kan jika berlaku sesuatu, U tak pernah merasakannya..
Tipu la U tak pernah ada rasa yang sama sepertimana yang I rasa..
Tipu la U tidak pernah ingat semua apa yang berlaku..

Tipu la U tidak pernah terfikir tentang kita..
Tipu la U tidak pernah ingat dekat I..
Tipu la U tidak pernah ambil tahu tentang I..

Hati tak pernah menipu, perasaan yang datang lahir dari hati, perasaan yang datang bermula dari perbuatan dan kata2..

Perbuatan dan kata-kata pula bermula dari hati, jika hati tidak pernah terdetik maka tidak akan ada perbuatan dan kata-kata yang bisa melahirkan satu perasaan sayang, kasih dan perasaan yang tak dapat di ungkap dengan kata-kata yang mana ia meresap terus ke dalam jiwa...

Satu masa, satu hari I harap U sedar dan tau apa yang berlaku bukan nya satu kekeliruan dan bukan kita rancang, jika ia satu takdir yang memang kita dipertemukan untuk hanya seketika, untuk kita mengenali seketika cuma, I boleh terima senua itu seadanya , dan jika satu masa kita masih ada ruang dan peluang untuk meneruskan setiap apa yang telah kita lalui sebelum ini, I akan cuba dan pastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang..

I tetap terus menanti dan mangharap satu masa kita masih ada peluang untuk saling mengenali semula dan memulakan semula sesuatu yang kini makin jauh dan jauh, tapi kenapa I masih ingat dekat U?

OST NUR - Tak Pernah Hilang (AMYLEA X KAER) Official Music Video



Kaer:
Tiada siapa yg pernah tau Tiada siapa yg pernah rasa Biar mereka cuba mau Cuba ada dgn ku Amylea: Mestikah perlu kau menjauh Mestikah perlu kau menghalang Perasaan yg pernah datang Ia tak pernah hilang Chorus: Aku yg merindumu Selalu menantikan dirimu Yg selalu memahami Tiap getar hati mu Bridge: solo music Kaer: Jika aku yg engkau ingin Ku nantikan satu jawapan Perasaan yg pernah dtg yang tak pernah hilang





Lagu ini I tujukan untuk seseorang yang pernah rapat dan kenal dengan I sebelum ini..



Walaupun keakraban antara I dengan U terlalu cepat dan pantas, tapi I takkan pernah lupa sebab 4 tahun I tak pernah memberi peluang dan ruang untuk sesiapa pun, 4 tahun i tutup pintu hati untuk mana-mana insan yang bergelar lelaki.



Tapi dengan U lain, ya I rasa lain. Dan tipu la jika dengan setiap perbuatan, tingkah laku dan kata-kata tidak memberi sebarang tanda atau makna pada U, dan tipu jika tiada sebarang rasa.



 Kerana hati tidak pernah menipu apa yang dirasa, dan hati tidak pernah menipu setiap apa yang dizahirkan dengan perbuatan walau tanpa bicara...



Dan hati tidak pernah menipu walau bibir diam seribu bahasa...




Friday, September 14, 2018

KISAH HATI

Kau takkan pernah tahu bila kau akan suka pada seseorang..
Kau takkan pernah tahu bila kau akan jatuh hati dengan seseorang..
Kau takkan pernah tahu bila kau akan di satukan dengan seseorang..
Kau takkan pernah tahu bila kau tiada jodoh dengan seseorang..


Dan bila kau suka pada seseorang, kau cuba untuk mendekatinya..
Dan bila kau jatuh hati pada seseorang kau malu untuk berterus terang..
Kau mengharap dia faham dengan perbuatan kau..
Dan bila kau di satukan dengan seseorang dengan ikatan pernikahan kau rasa bersyukur sangat ..
Kini AKU MENJADI MILIK DIA..
Dan bila kau tiada jodoh dengannya kau kecewa setengah mati?

Kau redha? Kau pilih jalan hidup yang mana?
Kau masih setia menanti?
Percaya jodoh masih ada?
Kau teruskan hidup seolah tiada apa yang berlaku??

Mana 1 pilihan yang kau mahu??

Aku?
Aku cuba berfikir dan muhasabah diri, di mana silapnya, mungkin aku bukan yang terbaik untuk diri dia, dan mungkin dia bukan yang terbaik untuk diri ku..

Aku terus muhasabah dan buang semua kenangan yang ada, aku bangkit dan aku yakin jodoh itu adalah rahsia Allah, satu hari satu masa akan ada jodoh yang terbaik untuk aku..

Jika dia jodoh ku?

Ya aku terima segala kekurangan dia, kerana ini juga adalah ketetentuanNya..


Thursday, May 3, 2018

KISAH RAZIN - SI BABY ECZEMA

Hai Semua..

Sebenarnya Fazila nak update website, tapi buku nota tutorial website tertinggal kat opis le pula, so nampak gayanya memang tak jadi la nak update apa2 di website. Maka bermula meninjau FB sahabat-sahabat dan ternampak pula gambar baby eczema sahabat FB.

Terus Fazila terkenang saat baby RAZIN my hero junior di serang dengan penyakit kulit ECZEMA. Fazila ni memang zero tentang ECZEMA sejenis penyakit kulit yang kritikal. Serius Fazila memang jadi seorang mama eczema fighter.
.
Perit memang perit menghadap anak eczema, terseksa jiwa dan raga seorang ibu tgk penderitaan ank sendiri menangis, pedih, gatal dan berdarah2 kulit muka dan badan.Struggle bagai nak gila kalau mental tak kuat, tapi YAKIN setiap penyakit Insyaallah ada penawar, yakin denganNya, Allah takkn beri ujian jika hamba Nya tak mampu..

Setiap malam memang tak tidur bila eczema RAZIN menyerang habis berdarah kulit muka dan kepala juga badannya. Menangis saya sampai kering airmata melihat penderitaan anak kecil ketika itu baru berusia 4 bulan.

.
Walau ketika itu saya menghadapi situasi kehancuran rumahtangga, patah tangan dan lebam di seluruh badan namun demi Razin saya jadi kuat dan terus kan semangat untuk terus belajar ttg eczema yang sy sendiri tak pernah tau sblm ni. Saya jadi seorang yg terlalu sensitif dgn habuk dan apa saja alahan sebab menjaga bby eczema yg mana dari top to toe sampai semua part kita terlalu berhati2 dan menjaga. Alhamdulillah family banyak membantu saya menjaga baby Razin. Saya tidak sendirian ketika itu Allah ada, Ibu dan bapa saya ada. Mereka banyak membantu saya dalam menjaga RAZIN ketika ECZEMA menyerang.

Demi Razin kami sama2 berusaha, alhamdulillah 2 tahun telah berlalu, walau eczema tahap kritikal dah hilang namun sesekali muncul juga sedikit alahannya gatal2 di tangan dan kaki, namun ianya mudah hilang. Moga razin bebas terus dari eczema, saya masih lagi kawal dan pantau walau dia dah bebas dari eczema tahap kritikal namun waspada tetap kena ada.

2 tahun sudah berlalu, namun bila ternampak gambar baby eczema di FB dan media sosial terus terkenang...

Tuesday, March 13, 2018

Mengenali Daku

Hai semua,

Kali ni Fazila nak sentuh dan up sikit tentang kisah hati, perasaan dan sikap kita, tipikal mind masyarakat kita. Tak semua tapi sesetengah sahaja.

Yes, I single mum, I ada business tapi as usual yang selalu I update di FB I adalah anak tauke KOPI PEGAGA, KOPI TING-TING & Jamu Mak nenek. Kadang i up kat status FB, I hanya teruskan legasi my mum.

So that means BUSINESS FAMILY, but tipikal mind some of MEN, GUY and BOY mula la berkenan dan add I punya FB, ada yang wassap terus nak berkenalan. Ya, memang kebiasaan Fazila akan sambut salam kenal, bukan sebab suka tapi saya di ajar untuk tidak sombong. Dalam berniaga dan juga dalam hidup kita jangan sombong. So saya sembang biasa saja. Tapi bila ada yang mula lebih dari itu Fazila lebih berhati-hati dan abaikan saja.

Fazila akan berterus terang. Berterus terang tentang my situation, title, my life dan kalau Fazila suka dengan setiap  perbualan  saya akan telus, kalau suka saya teruskan tapi kalau tak suka saya akan maklumkan.

CONTOH:

Kenalan di FB, okey saya accept dia, Yes dia terus wassap saya, ya sy okey sebab my number always public di FB. Sebab I peniaga online dan offline.

Wassap okey saja mula2, tapi dalam masa yang sama Fazila tetap godek dan tengok FB dia, yes dia dah kahwin, ada anak.

Wassap perbualan yang ok biasa2 I jawab. Yang agak I tak suka I diam. Then dia ajak I tgk MOVIE. I just say sorry I tak suka sebab I ada anak dan u are not my muhrim. I be honestly dgn dia. Alhamdulillah dia respect dgn I.

See lelaki bila kita beri ruang sedikit, dia akan terus mencuba, tapi bila kita ada benteng dan tegas, dia mengalah. Kadang dia saja test kita sebenarnya.
Kalau kita lemah dia terus mencucuk dan menggoda kita. Tapi jika kita kuat dan tegas, Insyaallah dia akan kalah dengan kita.

Lelaki memang suka mengambil kesempatan di atas kelemahan kita dan juga di atas status kita tapi sorry to say, pengalaman Fazila yang lalu cukup menjadikan Fazila lebih berhati hati dan tegas dalam membuat keputusan.

Ya I kenal U dan lelaki yang begini bagaimana, yang begitu bagaimana. Yang penting semuanya terpulang pada hati kita dan diri kita ya wahai gadis2 & wanita2, jangan lemah ya, sila tegas dengan diri dan hati anda sendiri.

LUV U LADIESSS....LUV YOURSELF..


Kalau dulu Cik Zara berblog dengan menggunakan nama PUTERI DAMIA (Nama anak Cik Zara yang sulung) ketika itu memang banyak kisah yang Cik Za...