Friday, September 14, 2018

KISAH HATI

Kau takkan pernah tahu bila kau akan suka pada seseorang..
Kau takkan pernah tahu bila kau akan jatuh hati dengan seseorang..
Kau takkan pernah tahu bila kau akan di satukan dengan seseorang..
Kau takkan pernah tahu bila kau tiada jodoh dengan seseorang..


Dan bila kau suka pada seseorang, kau cuba untuk mendekatinya..
Dan bila kau jatuh hati pada seseorang kau malu untuk berterus terang..
Kau mengharap dia faham dengan perbuatan kau..
Dan bila kau di satukan dengan seseorang dengan ikatan pernikahan kau rasa bersyukur sangat ..
Kini AKU MENJADI MILIK DIA..
Dan bila kau tiada jodoh dengannya kau kecewa setengah mati?

Kau redha? Kau pilih jalan hidup yang mana?
Kau masih setia menanti?
Percaya jodoh masih ada?
Kau teruskan hidup seolah tiada apa yang berlaku??

Mana 1 pilihan yang kau mahu??

Aku?
Aku cuba berfikir dan muhasabah diri, di mana silapnya, mungkin aku bukan yang terbaik untuk diri dia, dan mungkin dia bukan yang terbaik untuk diri ku..

Aku terus muhasabah dan buang semua kenangan yang ada, aku bangkit dan aku yakin jodoh itu adalah rahsia Allah, satu hari satu masa akan ada jodoh yang terbaik untuk aku..

Jika dia jodoh ku?

Ya aku terima segala kekurangan dia, kerana ini juga adalah ketetentuanNya..


No comments:

KISAH HATI

Kau takkan pernah tahu bila kau akan suka pada seseorang.. Kau takkan pernah tahu bila kau akan jatuh hati dengan seseorang.. Kau takkan p...